Bakti Sosial Masyarakat 2009
Assalamualaikum wbt.

Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi, kerna limpah kurnia dan inayahNya, Kelab UMNO Makassar bersama-sama 70 orang mahasiswa Malaysia UNHAS telah berjaya menrealisasikan Bakti Sosial Masyarakat 2009 seperti yang direncanakan.

Aktiviti yang berteraskan kebajikan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat kerukunan sekitar Masjid Nurullah, Mancini Sawah. Seramai 39 kanak-kanak mengikuti acara sunathan massal dengan hampir 40 orang warga dewasa dan orang tua masing-masing mengikuti pemeriksaan kesihatan gratis serta penyuluhan kesihatan.

Kesemua pelajar dipisahkan mengikut kumpulan-kumpulan kecil dan kumpulan ini dipastikan 'bekerja' di setiap 3 station yang ada dengan harapan kesemua peserta dapat memperoleh sebanyak-banyak ilmu dan pengalaman daripada aktiviti ini. Daripada skill circumsision hinggalah kepada proses yang paling penting untuk diterapkan di dalam setiap warga iaitu langkah PENCEGAHAN dengan penyuluhan-penyuluhan kesihatan kepada warga masyarakat.

Kelab UMNO Makassar mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen anda untuk program pada kali ini. Kami juga di sini memohon maaf kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat menyertai program ini. Insyallah di masa akan datang Kelab UMNO Makassar akan terus menganjurkan program sebegini lagi. Tidak dilupakan juga kepada seluruh warga kerukunan Masjid Nurullah, terima kasih daun keladi. Insyallah jalinan silaturahim ini akan terus kita menjaganya bersama dan di masa akan datang kita akan terus merencanakan program-program yang dapat memberi manfaat dan faedah kepada orang ramai. Wassalam



Program Bakti Sosial Masyarakat 2009


Assalamualaikum wbt


Kelab UMNO Makassar insyallah akan mengadakan Program Bakti Sosial Masyarakat pada hujung minggu ini yang jatuh pada tanggal 22 November 2009. Program yang direncanakan di Kecamatan Makassar ini (sekitar fly-over Jl.Perintis-Jl.Pettrani) akan dibuka kepada semua pelajar Malaysia di Makassar. Tetapi hanya 70 orang pertama yang mendaftar sahaja yang akan dapat mengikuti program ini.



Beberapa aktiviti direncanakan sepanjang hari tersebut. Termasuklah pemeriksaan kesihatan gratis, penyuluhan kesihatan dan juga sunathan masal.




Pendaftaran dibuka sekarang!!!



Donor Darah@RUSUN

Sempena pilihanraya PKPMI pada tanggal 15 November ini, KULNM akan mengadakan derma darah dengan kerjasama dari Palang Merah Indonesia dari jam 8 pagi sehingga selesai.


Sehubungan itu, kami dari Kelab UMNO Makassar dengan sukacitanya, menjemput semua pelajar-pelajar Malaysia , mahupun pelajar-pelajar Indonesia setempat untuk sama-sama datang ke Rusun UNHAS dan menderma.



Semoga usaha kita ini sedikit sebanyak akan membantu mereka-mereka yang dalam berada dalam situasi kecemasan.
Kursus Pra Perkahwinan POSPONED !!!

Assalamualaikum wbt

Dengan dukacitanya kami dari AJK Kelab UMNO Makassar terpaksa mengumumkan penundaan terlebih dahulu rancangan untuk mengadakan kursus pra perkahwinan pada tanggal 31 Oktober mendatang. Terdapat beberapa halangan yang menghalang kami dari merealisasikan kursus tersebut buat masa ini.

Insyallah KULNM akan cuba sedaya upaya untuk menjayakan kursus ini pada masa akan datang. Segala sokongan dari anda semua amat kami harapkan dan sangat kami hargai. Terima kasih.
Manusia hanya merancang, hanya Allah swt yang Maha Kuasa menentukan keberhasilannya atau tidak. Semoga kita semua sentiasa diberkati oleh Allah swt.
Wassalam
16 Sept. Hari Malaysia cuti umum
Petikan dari Utusan.com.my oleh HERMAN HAMID, NIZAM YATIM dan MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu."Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya, dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.
Ahli Jawatankuasa KULNM 2009/2011




PRESIDEN

Irwan Bin Ab Aziz

TIMB. PRESIDEN I

Abdullah Aqeel Bin Musa

TIMB. PRESIDEN II

Husniah Bt Abdul Razak

SETIAUSAHA

Nur Liyana Binti Mohd Yusni

BENDAHARI

Jaafar Sidek Bin Shariffudin ]

KETUA PENERANGAN

Muhammad Taufeq Bin Fauzan

EXCO HUBUNGAN LUAR

Kamal Syakier Bin Muhammed

Syarifah Nortasya Syed Mohd Kamarudin

EXCO ACARA

Mohd Zahir Bin Harun

Aimi Bt Che Moktar

EXCO AKADEMIK

Mohd Farhannuddin Bin Saidin

Syakirah Binti Alias

EXCO KEBAJIKAN

Mohamed Khalis Bin Mohamed Rafi

Nurul Aini Bt Abdul Halim

EXCO KEROHANIAN

Jefrizal

Nachia Banu Abdul Rahim

EXCO PUTERI

Mizatul Atiqah Binti Mukhtar



update KURSUS KAHWIN :)

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya selaku ahli jawatankuasa kelab umno luar negara cawangan makassar ingin menjemput rakan-rakan sekalian untuk hadir ke kursus kahwin yang akan diadakan pada tanggal 31 oktober 2009 - 1 november 2009 di gedung iptek unhas..pembayaran sebanyak rp100,000 boleh dibayar semasa pendaftaran..untuk maklumat lanjut boleh hubungi mana-mana ajk kelab umno berdekatan anda.
Sekian...

wabilahitaufikwalhidayah wassalamu'alaikum warohmatullahiwabarokatuh
Pengenalan kepada Majalah Kelab UMNO Makassar
Sejak tertubuhnya KULNM pada tahun 2006, seramia 250 pelajar perubatan di Makassar telah mendaftarkan diri secara rasmi sebagai salah seorang ahli KULNM. Pelbagai aktiviti, program, mahupun pertandingan telah dianjurkan kepada semua ahli KULNM. Malah KULNM turut membuka sesetengah dari aktiviti kelab kepada pelajar-pelajar yang bukan ahli sebagai tanda sokongan mereka kepada KULNM secara tidak langsung.
Dan pada tahun ini, AJK Kelab sudah sepakat untuk menerbitkan edisi pertama majalah KULNM sebagai tanda penghargaan kepada semua ahli KULNM. Penghasilan majalah ini diharap dapat memberi seribu satu erti kepada semua ahli KULNM kerana majalah ini akan dilampirkan dengan segala laporan,ulasan dan gambar-gambar suka dan duka kita bersama semasa menjayakan setiap aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 3 tahun penubuhan Kelab UMNO Luar Negara di Makassar ini.
Diharap ahli KULNM terus memberikan sokongan yang padu kepada Kelab UMNO Makassar. Tanpa anda ahli-ahli KULNM, setiap aktiviti yang dijalankan tidak memberi sedikit makna sekalipun.
Nantikan preview/prototaip kepada majalah ini dalam masa terdekat. Sebagai makluman, tempahan untuk majalah sudah dibuka sekarang dan sebarang pertanyaan bolehlah merujuk terus kepada mana-mana AJK KULNM.
Sekian. Wassalam...
Kursus Pra Perkahwinan

Assalamualaikum wbt

Kehidupan kita pelajar perubatan yang boleh dikatakan sibuk dengan jadual yang padat di fakulti dan hospital membuatkan kita sama sekali tidak ada waktu ataupun mungkin terlepas pandang untuk memikirkan tentang hal-hal lain di muka bumi ini di kala usia kita juga yang semakin meningkat termasuklah dalam urusan perkahwinan. Khasnya merujuk kepada kursus pra perkahwinan yang merupakan syarat wajib untuk menikah.


Tanpa disedari, kesibukan ini akan berterusan sehingga kita pulang untuk berbakti sebagai pegawai perubatan di tanah air tercinta Malaysia.....


Atas dasar ini, KULNM mencari inisiatif untuk mendatangkan kursus pra perkahwinan ke Makassar ini. Selain bertujuan untuk memudahkan kita mendaftarkan diri mengikuti kursus ini, hal ini juga bertujuan untuk memberi pemahaman dan pengalaman kepada kita melalui topik-topik yang akan diberi sewaktu kursus agar kita dapat menjadi insan yang boleh menitikberatkan aspek-aspek hubungan sosial antara kita semua.
Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook Kelab UMNO Makassar
Selamat menempuh ujian kepada semua pelajar terutama bagi yang mengambil subjek Trauma n Emergency, Tropical Medicine, Ilmu Kesihatan Masyarakat, dan juga Reproduction System. SEMOGA BERJAYA.
  • WELCOME

    Kami dari Kelab UMNO Makassar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung. Pendapat dan saranan anda amat kami hargai.

    Selamat Melayari!

    Ahli Jawatankuasa