Jadual Program Bakti Siswa dan Anak Angkat 24-28 September 2010

Jumaat / 24 September

12.00 pm

Check-In di Hotel Wira

7.00 pm

Makan malam

Majlis Perasmian dan Acara Pelepasan

10.00 pm

Taklimat program

Pembahagian tugas

Sabtu / 25 September

5.45 am

Breakfast

6.30 am

Bertolak ke Jeli

2.30 pm

Sampai di Jeli

Makan tengahari di Darul Falah

4.00 pm

Acara perasmian Program Bakti Siswa dan Penyerahan anak angkat

7.30 pm

Solat berjemaah di masjid

Kuliah Maghrib

9.00 pm

Sesi suaikenal bersama keluarga angkat

10.30 pm

Jamuan ringan

Ahad / 26 September

8.00 am

Berkumpul di SMK Ayer Lanas

Bertolak ke tempat pemeriksaan kesihatan dan sekolah-sekolah

9.00 am

Program motivasi dan pemeriksaan kesihatan dimulakan serentak

12.00 pm

Program selesai

Peserta bertolak pulang

Makan tengahari di rumah masing-masing

4.00 pm

Berkumpul di SMK Ayer Lanas

Sukan rakyat dan sesi riadah

6.30 pm

Pulang ke rumah masing-masing

8.00 pm

Acara bebas bersama keluarga angkat

Isnin / 27 September

7.30 am

Berkumpul di SMK Ayer Lanas

Bertolak ke kawasan perkuburan dan masjid

8.30 am

Program membersihkan tanah perkuburan dan masjid dimulakan

10.00 am

Peserta pulang ke rumah masing-masing

2.00 pm

Berkumpul di SMK Ayer Lanas

Bertolak ke air terjun

8.30 pm

BBQ perpisahan

Selasa / 28 September

10.00 am

Acara Penutup

12.00 pm

Peserta bertolak pulang ke Kuala Lumpur

Futsal and Sahur On The Road

Welcoming new 2010 student of Hasanuddin University
Selamat Datang and Welcome to All !!!


Kelab UMNO Makassar mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar Malaysia yang akan menjalani sesi perkuliahan di Fakultas Kedokteran UNHAS mulai sesi September 2010 ini.

Tahniah kepada anda semua kerana telah berjaya dan terpilih untuk memasuki universiti ini. Semoga ini akan memotivasikan anda untuk belajar bersungguh-sungguh mengejar mimpi yang pastinya untuk mendapatkan segulung ijazah dalam bidang ini seterusnya menjadi seorang dokter yang berjaya. Gunakan peluang ini sebaiknya dan jangan sesekali mensia-siakannya.

Selamat datang - Selamat belajar - Selamat beradaptasi di Makassar ini - Selamat di atas segala-galanya

Selamat bergabung dengan kami semua mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Makassar





Ramadhan Al-Mubarak

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan al-Mubarak.



Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi kerna diberi kesempatan kepada kita untuk bertemu kembali dengan bulan suci yang penuh dengan rahmat dan keberkahan ini. Sama-sama kita ambil kesempatan ini untuk memperbanyak amalan-amalan sunat seperti membaca al-quran, solat tarawih, qiamulail, bersedekah, berzikir dan bertasbih disamping menunaikan ibadah2 wajib yang lain.
Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan sama-sama kita utilize sepenuhnya kemanfaatannya agar kita tidak terlewatkan kelebihan dan keuntungan darinya.


laporan kempen 1 malaysia

Pada tanggal 15 Mei 2010, Kelab Umno Luar Negara cawangan Makassar dengan kerjasama PKPMI cawangan makassar, IPEM cawangan makassar, IMAM cawangan makassar telah memulakan satu kempen '1MALAYSIA : satu menelusuri jejak warisan'. terdapat pelbagai acara disertakan bersempena dengan kempen ini dengan kemuncaknya adalah pada 5 Jun 2010 iaitu majlis makan malam yang turut dihadiri yang berhormat Datuk Shahlan Ismail, setiausaha politik perdana menteri, Datuk Ghazali, penaung Kelab Penyokong 1 Malaysia, En Aminuddin Nasir, presiden Kelab Penyokong 1 Malaysia, En Nasser, wakil dari BPM dan wakil dari kedutaan Malaysia di Indonesia

Antara program yang telah dijalankan sepanjang kempen 1malaysia termasuklah kempen memakai baju kebangsaan setiap hari jumaat, pertandingan mengarang puisi 1 malaysia, pertandingan membuat video 1 Malaysia, pertandingan foto 1 Malaysia, pertandingan melukis poster 1 malaysia, pertandingan berbalas pantun, pertandingan memasak, pertandingan teh tarik, pertandingan futsal, pertandingan bola jaring, pertandingan bola tampar, pertandingan mendeklamasikan puisi 1 Malaysia, serta malam kemuncak, majlis makan malam 1 malaysia.

Untuk menjayakan dan memastikan kempen mencapai objektif dan matlamat asalnya, setiap pertandingan disyaratkan untuk menyertakan penglibatan daripada semua kaum dan diwajibkan setiap angkatan mahasiswa berdasar tahun kemasukan.

Kesemua pertandingan yang dianjurkan telah menunjukkan penglibatan yang aktif dari pelajar-pelajar malaysia yang berada di unhas serta matlamat untuk menerapkan ciri-ciri yang terdapat di dalam dasar 1 malaysia telah berjaya diterapkan dan difahami dengan baik oleh komuniti rakyat malaysia yang berada di makassar ini.


yang menjalankan tugas
abdullah aqeel bin musa
timbalan pengarah kempen 1 malaysia





















Kempen 1 Malaysia
Assalamualaikum wbt

Perpaduan kaum yang terjalin baik antara berbilang bangsa di Malaysia sangat menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik yang penuh dengan tolak ansur dan toleransi sesama sendiri. Perpaduan ini sangat penting kerana ia adalah asas terbentuknya kesejahteraan dan kebersamaan sesama kita. Kelab Umno Makassar menyambut baik konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sebaik saja beliau menyandang jawatan tertinggi dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.

Sejajar dengan itu, kami dengan kerjasama persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang berada di bumi Makassar ini akan menganjurkan sebuah kempen yang dinamakan

.: KEMPEN 1 MALAYSIA :.

Kempen yang telah bermula sejak minggu lalu ini akan diisi dengan pelbagai program-program dan pengisian yang diharap dapat menguatkan perpaduan dan kebersamaan kita bersama terutamanya bagi pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Makassar, Indonesia.

Antara aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan adalah tayangan video dan dokumentari, pertandingan menulis puisi dan sajak, sayembara puisi, pembikinan video, melukis poster, pertandingan futsal, pertandingan bola tampar, pertandingan memasak, jualan bazar makanan malaysia dan banyak lagi aktivti-aktiviti lain yang bakal memeriahkan kempen ini. Dan kemuncak kepada Kempen 1 Malaysia ini, akan diadakan Malam 1 Malaysia dengan bertemakan "Menelusuri Jejak Warisan" yang bakal diadakan pada 5 Jun 2010. Pada malam ini juga akan diadakan talk mengenai konsep 1 Malaysia sendiri yang akan dibawakan oleh tetamu jemputan dari Malaysia.

Jadi besarlah harapan kami agar setiap pelajar di Makassar ini dapat memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan kempen ini. Semoga kempen yang kami anjurkan ini akan membawa banyak kesan dalam komuniti kecil kita di bumi Makassar ini.

Sebarang pertanyaan dan update dapat anda lihat di papan kenyataan mahupun di Fb-Fb persatuan terkait. Semoga semangat perpaduan dan kebersamaan kita pelajar-pelajar Malaysia di Makassar akan sentiasa kuat dan utuh. ('',)

Kepada barisan MT dan AJK pelaksana yang dibentuk kami mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat bekerja dengan ikhlas untuk komuniti kita di Makassar. Gud Luck

13 May 10
Alhamdullilah, program yang kami rancangkan selama 2 minggu yang lalu telah berjaya dilaksanakan pada hari ini. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta-peserta yang telah sama2 menjayakan program ini. Komitmen dari anda semua sangat bermakna untuk kami dan ia sangat merangsang kami untuk terus bekerja menganjurkan dan menjayakan program-program di Makassar. Terima kasih.


Kami memohon maaf di atas segala kekurangan yang telah terjadi sepanjang program ini. Insyallah kami akan meneliti kelemahan-kelemahan yang terjadi sepangjang berlangsungnya amazing race ini. Kami sangat2 mengalukan masukan dan cadangan dari anda. =)



Tahniah kepada pemenang dan kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Berusaha lagi di lain kali.

explorace 2010
kelab umno makassar akan mengadakan explorace sekitar makassar pada tanggal 13/5. penyertaan terbuka keada semua mahasiswa di unhas. sesiapa yang bermnat boleh mula membentuk 1 team terdiri dari 4 orang dan mendaftar kepada saudara iwe untuk lelaki dan nachia untuk perempuan. yuran pendaftaran 40ribu untuk satu team. permainan dimulai jam8 bertempat di rusun. marilah bersama2 memeriahkan acara yang menarik ini!!
road to bandung
assalamualaikum dan salam sejahtera,pengumuman terbuka kepada semua student malaysia di makassar. sekretariat kelab umno bersama kementerian belia dan sukan akan mengadakan satu program bertajuk 'road to bandung' dan 'bandung games'. mereka membuka peluang untuk mana2 mahasiswa yang ingin terlibat menjadi panitia dalam program ini. jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah berhubung langsung dengan saudara YDP pkpmi, hafiy, presiden kelab umno makassar, iwe atau saya sendiri. tarikh terakhir untuk menghantar borang penyertaan adalah pada 13/3. Ahli jawatankuasa akan di berikan sijil penghargaan , t-shirt dan penginapan disediakan
Tahniah kepada semua wisudawan Malaysia UNHAS
Tanggal 22hb Desember 2009 kelmarin , menjadi detik bersejarah bagi sebagian pelajar Malaysia yang kebanyakannya dari Batch 2004 dan 2003 yang telah berjaya menamatkan sesi perkuliahan di Fakultas Kedokteran UNHAS seterusnya berhak untuk mendapat gelar MD.

Sekalung tahniah daripada Kelab UMNO Makassar di atas kejayaan kalian. Semoga ianya menjadi pemangkin kepada kejayaan anda semua di masa hadapan yang pastinya lebih banyak cabaran dan dugaan.


Tahniah dan Selamat Berjaya.
  • WELCOME

    Kami dari Kelab UMNO Makassar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung. Pendapat dan saranan anda amat kami hargai.

    Selamat Melayari!

    Ahli Jawatankuasa