Kempen 1 Malaysia
Assalamualaikum wbt

Perpaduan kaum yang terjalin baik antara berbilang bangsa di Malaysia sangat menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik yang penuh dengan tolak ansur dan toleransi sesama sendiri. Perpaduan ini sangat penting kerana ia adalah asas terbentuknya kesejahteraan dan kebersamaan sesama kita. Kelab Umno Makassar menyambut baik konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sebaik saja beliau menyandang jawatan tertinggi dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.

Sejajar dengan itu, kami dengan kerjasama persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang berada di bumi Makassar ini akan menganjurkan sebuah kempen yang dinamakan

.: KEMPEN 1 MALAYSIA :.

Kempen yang telah bermula sejak minggu lalu ini akan diisi dengan pelbagai program-program dan pengisian yang diharap dapat menguatkan perpaduan dan kebersamaan kita bersama terutamanya bagi pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Makassar, Indonesia.

Antara aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan adalah tayangan video dan dokumentari, pertandingan menulis puisi dan sajak, sayembara puisi, pembikinan video, melukis poster, pertandingan futsal, pertandingan bola tampar, pertandingan memasak, jualan bazar makanan malaysia dan banyak lagi aktivti-aktiviti lain yang bakal memeriahkan kempen ini. Dan kemuncak kepada Kempen 1 Malaysia ini, akan diadakan Malam 1 Malaysia dengan bertemakan "Menelusuri Jejak Warisan" yang bakal diadakan pada 5 Jun 2010. Pada malam ini juga akan diadakan talk mengenai konsep 1 Malaysia sendiri yang akan dibawakan oleh tetamu jemputan dari Malaysia.

Jadi besarlah harapan kami agar setiap pelajar di Makassar ini dapat memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan kempen ini. Semoga kempen yang kami anjurkan ini akan membawa banyak kesan dalam komuniti kecil kita di bumi Makassar ini.

Sebarang pertanyaan dan update dapat anda lihat di papan kenyataan mahupun di Fb-Fb persatuan terkait. Semoga semangat perpaduan dan kebersamaan kita pelajar-pelajar Malaysia di Makassar akan sentiasa kuat dan utuh. ('',)

Kepada barisan MT dan AJK pelaksana yang dibentuk kami mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat bekerja dengan ikhlas untuk komuniti kita di Makassar. Gud Luck

13 May 10
Alhamdullilah, program yang kami rancangkan selama 2 minggu yang lalu telah berjaya dilaksanakan pada hari ini. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta-peserta yang telah sama2 menjayakan program ini. Komitmen dari anda semua sangat bermakna untuk kami dan ia sangat merangsang kami untuk terus bekerja menganjurkan dan menjayakan program-program di Makassar. Terima kasih.


Kami memohon maaf di atas segala kekurangan yang telah terjadi sepanjang program ini. Insyallah kami akan meneliti kelemahan-kelemahan yang terjadi sepangjang berlangsungnya amazing race ini. Kami sangat2 mengalukan masukan dan cadangan dari anda. =)



Tahniah kepada pemenang dan kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Berusaha lagi di lain kali.

explorace 2010
kelab umno makassar akan mengadakan explorace sekitar makassar pada tanggal 13/5. penyertaan terbuka keada semua mahasiswa di unhas. sesiapa yang bermnat boleh mula membentuk 1 team terdiri dari 4 orang dan mendaftar kepada saudara iwe untuk lelaki dan nachia untuk perempuan. yuran pendaftaran 40ribu untuk satu team. permainan dimulai jam8 bertempat di rusun. marilah bersama2 memeriahkan acara yang menarik ini!!
  • WELCOME

    Kami dari Kelab UMNO Makassar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung. Pendapat dan saranan anda amat kami hargai.

    Selamat Melayari!

    Ahli Jawatankuasa