Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi, kerna limpah kurnia dan inayahNya, Kelab UMNO Makassar bersama-sama 70 orang mahasiswa Malaysia UNHAS telah berjaya menrealisasikan Bakti Sosial Masyarakat 2009 seperti yang direncanakan.
Aktiviti yang berteraskan kebajikan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat kerukunan sekitar Masjid Nurullah, Mancini Sawah. Seramai 39 kanak-kanak mengikuti acara sunathan massal dengan hampir 40 orang warga dewasa dan orang tua masing-masing mengikuti pemeriksaan kesihatan gratis serta penyuluhan kesihatan.
Kesemua pelajar dipisahkan mengikut kumpulan-kumpulan kecil dan kumpulan ini dipastikan 'bekerja' di setiap 3 station yang ada dengan harapan kesemua peserta dapat memperoleh sebanyak-banyak ilmu dan pengalaman daripada aktiviti ini. Daripada skill circumsision hinggalah kepada proses yang paling penting untuk diterapkan di dalam setiap warga iaitu langkah PENCEGAHAN dengan penyuluhan-penyuluhan kesihatan kepada warga masyarakat.
Kelab UMNO Makassar mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen anda untuk program pada kali ini. Kami juga di sini memohon maaf kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat menyertai program ini. Insyallah di masa akan datang Kelab UMNO Makassar akan terus menganjurkan program sebegini lagi. Tidak dilupakan juga kepada seluruh warga kerukunan Masjid Nurullah, terima kasih daun keladi. Insyallah jalinan silaturahim ini akan terus kita menjaganya bersama dan di masa akan datang kita akan terus merencanakan program-program yang dapat memberi manfaat dan faedah kepada orang ramai. Wassalam
Post a Comment