Next Coming Event : BAKSOS
Assalamualaikum wbt


Kami dari AJK Kelab ingin menyampaikan dengan sukacitanya, Kelab UMNO Makassar akan mengadakan satu lagi Bakti Sosial (BAKSOS) pada bulan Mei nanti. BAKSOS ini akan diisi dengan aktiviti berkhitan (sircumsisi), pemeriksaan kesihatan dan juga penyuluhan kesihatan. Lokasi program ini insyallah di sekitar Mancini Sawah (dekat fly-over). Kami akan mengumumkan informasi selanjutnya dalam masa yang terdekat. Sila layari FB atau blog kelab ataupun boleh berhubung langsung dengan AJK kelab untuk informasi lanjut. Sekiranya ada individu-individu ataupun organisasi yang berniat untuk menderma untuk aktiviti ini seterusnya membantu masyarakat yang kurang berkemampuan di sini, kami sangat mengalu-alukan. Kami juga mengharapkan sokongan dan komitmen dari semua pelajar untuk sama-sama menjayakan aktiviti yang bakal kami adakan ini.

Sekian, terima kasih
.




  • WELCOME

    Kami dari Kelab UMNO Makassar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung. Pendapat dan saranan anda amat kami hargai.

    Selamat Melayari!

    Ahli Jawatankuasa