Congratulation to the Winner
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah Kejohanan Piala Presiden : Futsal Tournament Kelab UMNO Makassar 2011 telah berjaya dijalankan dengan baik. Hampir 150 orang pelajar datang menyertai program kali ini. Ini suatu penghargaan yang sangat luar biasa buat kami dari panitia pelaksana di atas kehadiran dan sokongan anda. Semoga bilangan kehadiran ini akan terus kekal ataupun terus meningkat di masa akan datang untuk program2 yang bakal kami anjurkan. Semoga ianya memberi manfaat buat kita.

Tahniah kepada pemenang-pemenang, masing-masing buat kategori Lelaki dan Perempuan. Bagi kategori lelaki, Piala Presiden kali ini akan dijulang oleh angkatan 2006 buat kali ke-2 berturut-turut manakala bagi kategori perempuan dimenangi oleh pasukan dari angkatan 2008. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa teruskan berusaha, insyallah Piala Presiden : Futsal Tournament akan didatangkan lagi di masa hadapan jika tidak ada masalah yang menghalangnya.

KATEGORI LELAKI

  1. Juara : 2006
  2. Naib Juara : 2009

KATEGORI WANITA

  1. Juara : 2008
  2. Naib Juara : 2010

Objektif utama untuk mengeratkan silaturahmi di antara semua pelajar Malaysia di Makassar diharap tercapai dan semoga hubungan ini akan terus kuat dan kukuh. Pastinya di setiap pertandingan, suasana tegang dan emosi tidak dapat dielakkan dan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diinginkan selama berada dalam suasana ini, sama-samalah kita saling bermaafan. Semoga ianya menjadi titik tolak mula dari segala kekuatan silaturahmi di antara kita semua rakyat Malaysia di Makassar.

Sebagai post-mortem, kami sangat menanti dan sangat menghargai sekiranya ada masukan dan cadangan dari anda untuk perbaikan program ini pada masa hadapan. Untuk itu, kami ucapkan jutaan terima kasih di atas segala sokongannya dan semoga ketemu lagi dalam program yang ke depan.

Piala Presiden : Futsal Tournament



Assalamualaikum wbt

Kelab UMNO Makassar sekali lagi menganjurkan Kejohanan Piala Presiden : Futsal Tournament buat semua pelajar Malaysia di Makassar pada tahun 2011 ini. Pendaftaran dan maklumat lanjut ada di iklan-iklan promosi dan anda boleh menghubungi mana-mana ahli jawatankuasa Kelab UMNO Makassar yang terdekat dengan anda.

Dengan bermatlamatkan pengukuhan perpaduan dan persefahaman di antara kita semua, marilah kita bersama2 meraikan setiap individu di antara kita dengan menghargai jalinan yang terjalin dan sama-sama kita menikmati perbezaan dan 'variasi' dari kita semua. Semoga program ini akan memberi manfaat untuk kita semua.




  • WELCOME

    Kami dari Kelab UMNO Makassar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung. Pendapat dan saranan anda amat kami hargai.

    Selamat Melayari!

    Ahli Jawatankuasa