laporan kempen 1 malaysia

Pada tanggal 15 Mei 2010, Kelab Umno Luar Negara cawangan Makassar dengan kerjasama PKPMI cawangan makassar, IPEM cawangan makassar, IMAM cawangan makassar telah memulakan satu kempen '1MALAYSIA : satu menelusuri jejak warisan'. terdapat pelbagai acara disertakan bersempena dengan kempen ini dengan kemuncaknya adalah pada 5 Jun 2010 iaitu majlis makan malam yang turut dihadiri yang berhormat Datuk Shahlan Ismail, setiausaha politik perdana menteri, Datuk Ghazali, penaung Kelab Penyokong 1 Malaysia, En Aminuddin Nasir, presiden Kelab Penyokong 1 Malaysia, En Nasser, wakil dari BPM dan wakil dari kedutaan Malaysia di Indonesia

Antara program yang telah dijalankan sepanjang kempen 1malaysia termasuklah kempen memakai baju kebangsaan setiap hari jumaat, pertandingan mengarang puisi 1 malaysia, pertandingan membuat video 1 Malaysia, pertandingan foto 1 Malaysia, pertandingan melukis poster 1 malaysia, pertandingan berbalas pantun, pertandingan memasak, pertandingan teh tarik, pertandingan futsal, pertandingan bola jaring, pertandingan bola tampar, pertandingan mendeklamasikan puisi 1 Malaysia, serta malam kemuncak, majlis makan malam 1 malaysia.

Untuk menjayakan dan memastikan kempen mencapai objektif dan matlamat asalnya, setiap pertandingan disyaratkan untuk menyertakan penglibatan daripada semua kaum dan diwajibkan setiap angkatan mahasiswa berdasar tahun kemasukan.

Kesemua pertandingan yang dianjurkan telah menunjukkan penglibatan yang aktif dari pelajar-pelajar malaysia yang berada di unhas serta matlamat untuk menerapkan ciri-ciri yang terdapat di dalam dasar 1 malaysia telah berjaya diterapkan dan difahami dengan baik oleh komuniti rakyat malaysia yang berada di makassar ini.


yang menjalankan tugas
abdullah aqeel bin musa
timbalan pengarah kempen 1 malaysia





















  • WELCOME

    Kami dari Kelab UMNO Makassar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung. Pendapat dan saranan anda amat kami hargai.

    Selamat Melayari!

    Ahli Jawatankuasa